Tap, tap, tap (berkali² meja diketuk) sambil merenung keluar jendela. Memerhati sibuknya kotaraya metropolis. Yang tak pernah putus aliran trafiknya, melainkan cuti perayaan. Tap, tap, tap sekali lagi meja diketuk² dengan sebatang pensil nip shaker. Direnung kepada kertas yang kosong tanpa sebarang contengan. Dikerah setiap bahagian otak bagi mencurahkan ilham untuk dizahirkan. Namun tiada yang terzahir jua. Menghembus nafas tanda lelah mengerah otak mencari ilham. Tersandar di kerusi sambil merenung siling pejabat. Zaidi memejamkan matanya sambil mengenangkan kejadian minggu lalu.
"Salam..awak,
saya ada berita gembira nak share dengan awk" mesej Zaidi kepada Zaharah.
"W'salam,
ya sya..Wah berita apa tu? Kebetan sya pn ada berita gumbira nk share dgn awk
juga..Jom kita jumpa nak?" balas Zaharah.
"Eh³
dia ni. Time kita ada berita gembira dia pun ada juga. Selalu betul ek? Ni
suratan ke, kebetulan? Hehehe", Zaidi membalas semula mesej Zaharah.
"Ah..
awk ni ade² je.. Jom la kita jumpa.. Lama betul tak jumpa awk ni sejak menjak
ni.. Yela mentang² dah dpat job best kan..Jom awk, kita mkn dkat warung biasa
tu tau.. Time mcm biasa ea.. awk lambat, awk belanja makan tau...", balas
Zaharah dengan girangnya.
"Iyalah
awak. Cakap je la nak saya belanja makan kan. Tak payah cakap saya lambat kena
belanja makan. Dah sememangnya lambat pun. Makan dekat dengan umah dia boleh la
cepat sampai.", sindir
Zaidi.
"Ahahaha...
Gaji awk besau dri sya.. Dah² kerja sya
bnyak ni... Kang sya kena stayback, sya salahkan awk.. k bye!"
"Hehe
baiklah awak. Jumpa nanti. Hati2 memandu", pesan Zaidi kepada Zaharah.
BAMMM!!!!
Meja Zaidi dihentak sekuat²nya. Tersentak Zaidi dari lamunannya seketika.
"Woi
Z!!! Dah belayar kemana tu?", jerkah Iskandar yang menghentak meja kerana
Zaidi yang jauh mengelamun.
"Ah
kau ni is, pantang aku nak lelap kejap. Ada je kau kan. Cuba bagi salam sikit.
Ni tak, main jerkah je. Buatnya aku ni ada sakit jantung mcm mna? Dah hilang
sahabat kau yg ensem ala² BK ni.", ujar Zaidi.
"BK?
Sapa plak tu? Cer bg detail sikit. Gemar betul guna short form kau ni.",
kata Iskandar.
"Beto
Kusyairy.", balas Zaidi.
"Bahahahahaha.",
berdekah² gelak Iskandar bila dengar nama yang disebutkan.
"Kau
gelakkan aku Is? Sampai hati kau. Kau tak tahu aku ni mmg ada iras² BK tau. Kau
jeleskan. Sbb tu kau gelak. Kan..."
"Ahahahaha.. Takde makna aku nak jeles
aih. Kau tu angan² x sudah. Tp yela kan, bila aku perhatikan mmg kau ada iras²
BK."
"Haa..
see, akhirnya kau akui juga ke enseman aku."
"Rileks
bro. Awal lagi spekulasi kau ni. BK aku cakapkan tu bukan Beto. Ni lain. Dia
bila tiada mmg org semua mencari. Tp bila dia ada semua org berebut² nak. Kalau
xde dia mmg xberserilah hidup org tu.", kata Iskandar sambil mula beredar
dari meja Zaidi.
"Is..
kau rasa bila last kau makan selipar jepun?", balas Zaidi dalam keadaan
geram sambil merenung tajam pada Iskandar.
"Kikiki..
Eh bos panggil aku. Chiaow dulu.", ujar Iskandar sambil cuba menahan
ketawa membahan Zaidi.
"Weh,
ptg ni jgn lupa! Lama tak berpeluh ni.", laung Iskandar pada Zaidi.
Zaidi
balas dengan anggukkan. "Siot betul budak Is ni. Sampai ke opis
dibawaknya. Hanat tol.", gumam Zaidi dengan perangai Iskandar.
"Siapa
BK yg Is cakapkan tu Z?", tanya Kak Normah.
"Eh,
Kak Nor.. Bila Kak Nor sampai? Tak perasan pun.", balas Zaidi yang
terkejut dengan kehadiran Kak Normah di meja sebelah.
"Akak
dah lama sampai Z oi.. awak tu dari tadi akak tngok.. mengelamun jauh sangat..
tenung luar jendela mcm tngah perhati salah org je kat luar sana tu.. lepas tu,
tngok kertas atas meja tu sampai nak terkeluar dh biji mata tu.. Puas akak
tegur awk.. xde respon langsung... dtg budak Is tu dia tnya akak awk tu knapa?
Akak ckap lah ntah.. itu yang si Is dtg hentak meja awk.. bukan awk je yg
terperanjat, dgn akak sekali terperanjat.. senget betul budak Is tu ya.",
ujar Kak Normah.
"Alamak
ye ke... Ahaha.. sorry Kak Nor, mmg xprasan akak tegur saya tdi.. itulah pasal
si Is tu.. Nasib akak dgn saya xde penyakit jantung.. kalau tak ke hospitallah
kita ni kak... sabar jelah."
"Hahaha
kan... Tu kalau masuk hospital.. buatnya 7 kaki dlm terus.. mmg akak jadi hantu
akak rasuk budak Is tu.", kata Kak Normah.
"Akak
jangan lupa.. si Is tu nampak je terejal.. tp ilmu penuh didada tu.. silap²
belum sempat akak nk rasuk dia... Dia dh kurung akak dlm botol... Haa."
"Betul
jugak kata kau tu Z.. susah betul nk kenekan dia ni balik tau... Geram je akak
tau."
"Ahahahaa..
sabarlah Kak Nor.. kalau xde dia ni hilang penyeri opis kita ni.", kata
Zaidi.
"Itulah
Z.. masa dia demam seminggu itu hari suram opis ni xde dia.. eh cakap pasal si
Is pulak.. Akak sbenarnya nk tanya pasal awk Z.. Awk ok ke? Mcm putus cinta je
akak tngok.", balas Kak Normah.
"Ehh
xdelah Kak Nor. Ok je ni. Termenung sebab tngah cari ilham nak buat lakaran
landskap taman sekolah ni.. xde idea nk buat.. konsep dia xbagi plak tu.. jadi
tngah fikir apa yg sesuai dekat situ.", ujar Zaidi.
"Ohh..
ingatkan ada masalah besar td.. sampai akak dgn is panggil xdngar langsung. K
lah, akak nk setelkan kerja akak ni.. laporan ni semua nk kena submit dekat
bos.. sbb mnggu depan bos xde seminggu.", kata Kak Normah sambil terus
mengadap laporan kerja yang baru diterima dari Iskandar sebelum kejutkan Zaidi
tadi.
"Baik
kak. all the best!", kata Zaidi pada Kak Normah.
Kembali
merenung semula sehelai kertas. Arrghhh!!! Ideaaa!!! Kemari kamu!!! (Getus hati
Zaidi yg tngah kekeringan idea)
"BK
tu siapa yg Is maksudkan Z.", tanya Kak Normah sambil memerhati laporan
kerja satu persatu.
"Saya
beritahu, akak jgn gelakkan pulak.", kata Zaidi.
"La...
Kenapa akak nak gelakkan awk plak Z."
"Janji
akak xgelakkan saya"
"Ya
akak janji.", ujar Kak Nor sambil angkat tgn sebelah seperti bersumpah
sambil mata tak lepas melihat laporan kerja diatas meja.
Zaidi
merenung Kak Normah untuk kepastian. Kak Normah menoleh Zaidi sambil berkata
"Ya Zaidi adik ku sayang.. Akak tak gelak kan kau.. cepatlah, akak curious
ni"
"Bro
Kicap kak", kata Zaidi
"Bahahahahahahaha",
tersembur gelak ketawa Kak Nor bila dengar jawapan dari Zaidi.
"Akak!!!",
jerit Zaidi.
Kak
Normah tak berhenti ketawa sambil mengangkat tangan pada Zaidi. Terhibur dengan
jawapan Zaidi. Zaidi geram dan berpeluk tubuh dengan ketawa Kak Normah. Dalam
hati mengumam
'cilakak
kau Is. Tak pasal² Kak Nor tau. Taulah aku kulit aku ni tinted sebab berjemur.
Hanat tol.'
● ● ● ● ● ● ●
Ciit
ciitt... Bunyi tapak kasut di atas gelanggang badminton. Zaidi berlari kedepan
kebelakang mengejar hantaran bulu tangkis yang di pukul oleh Iskandar. Iskandar
sengaja berbuat demikian bagi memenatkan Zaidi. Namun, Zaidi tidak termakan
dengan corak permainan Iskandar. Malah bersiap sedia memasang perangkap untuk
Iskandar hanya menunggu dia leka sahaja.
"Come
on Z!! Tak kan itu je.", cabar Iskandar yang sedang mengawal permainan.
"Jgn
bongkak Is. Nanti makan diri.", balas Zaidi yang sedang mencari ruang
untuk mematikan hantaran Iskandar.
"Ahahaha..
aku tahu.. kau nk cari ruang nk smash kan.. jgn harap!", balas Iskandar.
Zaidi
diam sambil mencari peluang. Iskandar membalas dengan menghantar bulu tangkis
kebelakang. Zaidi nampak peluang! Dia mencuba nasib dengan membalas lembut.
Bulu tangkis melepasi betul² hadapan net. Iskandar bergegas lari kedepan untuk
sambut dan bulu tangkis berjaya melepasi semula ke arah sebelah.
"Alamak
bola tanggung!", Iskandar telah mencipta peluang untuk Zaidi smash.
"Nah!!
Rasaaiinn looo!!!", Zaidi tanpa membuang masa terus melakukan smashnya.
Bulu tangkis dengan tak semena²nya menuju tepat ke dahi Iskandar. Headshot.
"Adoii!!",
jerit Iskandar sambil jatuh terlentang dengan smash Zaidi sebentar tadi.
"Game!",
laung Khalid.
Perlawanan
tamat dengan markah keseluruhan set 1 : 15-21, set 2 : 21-18, set 3 : 25-23.
Zaidi menang! 2-1.
"Next
player!", laung Khalid selaku pengadil gelanggang.
Zaidi
hulurkan tangan kepada Iskandar yang terlentang di gelanggang. Iskandar
menyambut tangan tersebut dan bingkas bangun. Bagi memberi ruang kepada game
seterusnya. Mereka berdua terus menuju ke kerusi tepi. Mereka mengelap peluh
& menyimpan raket masing². Zaidi duduk sebentar menghirup air bagi
menghilangkan rasa kering tekak.
"Siot
la kau Z. Bengkak dahi aku ni.", ujar Iskandar sambil melihat dahinya
melalui telefon pintarnya.
"Tu
balasannya dekat opis tnghari tadi.", kata Zaidi.
"Ala
Z. Mana ada org tahu pun BK tu apa."
"A'ah
ya.. Kak Nor ada sebelah.. kau bukan tak tau dia tu kalau curious.. mmg sakit
kepala melayan.. selagi dia tak tahu.. selagi tulah dia tanya.. rimas
weh.."
"Ops...
Aku lupa... Bahahahahahaha..", ketawa Iskandar sambil memeriksa dahinya
yang kena smash dengan Zaidi.
"Kau memang.", balas Zaidi sambil memerhati perlawanan antara Shukri dan Sazali. Double S, itulah gelaran mereka bila bermain regu. Lincah dan pantas.
"Weh, macam mana result minggu lepas? Ada ong ka?", tanya Iskandar.
"Macam biasa Is. xde luck.", kata Zaidi.
"Xpelah Z, xde jodoh nak buat mcm mna. Lagi pun bunga bukan sekuntum. Bnyak lgi bunga yg belum dipetik org. Yg dh dipetik dan dibuang pun ada juga.", seloroh Iskandar
"Aku ok je Is. Cuma tu lah. Mcm kerap sngat jadi mcm ni. Ada kala tu mcm nk give up je. Mcm dah malas nk fikir dh psal soal hati ni."
"Rileks Z. Jgn mengalah. Allah takkan beri sesuatu diluar kemampuan hambaNya. Kene ingat tu. Yakin je dgn ketentuanNya. DOA. Jgn putus doa.", Iskandar memberi semngat kepada Zaidi.
"Baik Ustaz Is. Tq sbb bagi aku peringatan. Kaulah sahabat yg sentiasa memahami keadaan aku.", balas Zaidi.
"Disbbkan aku sahabat kau yg memahami. kau kene minta maaf dekat aku."
"Asal plak aku kene minta maaf dekat kau?", tanya Zaidi
"Ni.", Iskandar tunjukkan dahinya yang kena pukulan smash dari Zaidi.
"Oh, itu mmg patut. Balasan pergi kacau aku tengah dapatkan ilham dekat opis.. Bahahahha...", ketawa Zaidi bila melihat hasil pukulan smash tepat menuju kepala Iskandar.
"Game!", laung Khalid.
Permainan tamat dengan markah keseluruhan set 1 : 23-21, set 2 : 21-19. Shukri menang. Rekod perlawan antara Double S, Sazali menang 21 kali begitu juga dengan Shukri menang 21 kali. Seri.
"Weh, masa dah nak habis. Jom cooling down. lepas tu kita kemas² siap untuk solat Maghrib dekat surau.", pesan Abu memperingatkan sahabat²nya.
"Baik..", respon semua terhadap pesan Abu.
Itulah dia rutin mingguan sejak banggunan baru wujud disebelah tempat kerja Zaidi & Iskandar. Ada kemudahan dan tempat dewan untuk bersukan. Mesra pengguna. Seketika semua sedang mengambil wuduk untuk bersolat. Iskandar datang kepada Zaidi.
"Z, aku lepas solat ni nak kena shoot balik terus. Aku lupa ada janji dgn wife aku nk bawak dia jln² lepas Isyak nnti. Kang dia muncung seminggu pening aku."
"Bereh. xdehal la beb. Nanti kimsalam dekat Dila ek. Cakap ngn Dila kasi can la aku nk lepak ngan kawan aku sorg ni lama². Sejak dh kahwin ni susah dah nk lepak mcm dulu.", balas Zaidi
"Ahahaha... Noted. Akan disampaikan.. Jom Z, yang lain dh siap berwuduk. Mcam biasa ko Imam.", aju Iskandar.
"Hek Eh. aku pulak. kau la Is. ilmu agama kau padu dari aku.", kata Zaidi
"Tapi kitorang nak kau imam Z.", sampuk Shukri.
"A'ah, bacaan solat ko merdu. Tenang mendengarnya.", kata Sazali.
"Betul².", masuk Abu sambil menyokong kata² Sazali.
"Dah jom. Z imam, Is bilal. Masa mencemburui kita ni.", Khalid mencelah bagi mempersegerakan solat.
"Baiklah.", Zaidi akur dengan permintaan sahabatnya.
● ● ● ● ● ● ●