Semua orang pasti merasa perasaan ini bukan?
Cemburu pada seseorang yang punyai harta lebih pada kita.
Cemburu pada orang yang sering bertuah dari kita.
Cemburu pada sidia yang kita suka lebih rapat dengan orang lain berbanding kita.
Cemburu pada mereka yang mendapat peluang pekerjaan lebih baik berbanding kita.
Cemburu pada mereka yang mempunyai orang yang sentiasa ada bersama.
Cemburu pada mereka punyai keluarga yang sentiasa memahami & memberi semangat.
Cemburu pada orang yang lebih pandai segala berbanding kita.
dan bermacam-macam lagi perasaan cemburu di dalam kehidupan kita ini.
amat sukar untuk kita buang perasaan ini jauh-jauh.
tahu tak kalian semua, perasaan ini sekiranya kita tidak mengawal dengan baik.
sedikit demi sedikit ia akan memakan diri kita sendiri.
kita akan mula hilang pertimbangan.
kita akan mula marah terhadap semua benda hatta perkara kecil pun boleh buat kita hilang pertimbangan.
macam mana kita nak tangani perkara ini?
macam mana kita nak pastikan kita tidak tenggelam dalam perasaan ini sedalam-dalamnya?
kadang-kadang orang akan cakap ianya perasaan saja.
ya betul.
tapi kita masih lagi gagal mengawalnya, jadi bagaimana?
ada yang beritahu kita kena solat & mengaji bagi yang Islam, tapi bagaimana mereka yang bukan beragama Islam?
bagaimana mereka yang Islam sudah pun buat perkara diatas, tapi masih lagi rasa perasaan tersebut?
setiap orang mempunyai kehidupan yang berbeza.
tiada yang sama 100%.
semuanya berbeza.
seperti saya cakap dalam pengenalan diri saya di sebelah kanan.
kehidupan ini ada kala macam biskut.
begitu juga dengan kekuatan seseorang itu berbeza.
pada saya.
jangan biarkan diri ini keseorangan.
carilah seseorang menemani mu disisi walaupun sementara.
sekadar mengubati perasaan itu sambil merenung seketika.
apakah yang kita ada & dia tiada.
apakah yang membuat kita sampai ke tahap ini.
apakah yang menguatkan kita dalam menempuh hari-hari yang datang.
InsyaAllah.
sedikit sebanyak ia akan bantu kita lenyapkan sedikit perasaan cemburu didalam hati kita.
kepada anda semua jika tidak keberatan untuk menjawap soalan ini dibahagian komen dibawah.
1. Perkara apa yang membuat anda cemburu?
2. Bagaimana anda mengatasinya?
3. Apakah nasihat anda pada mereka yang mengalami perasaan ini?
semoga apa yang anda kongsikan dibawah menjadi satu panduan buat mereka yang tidak tahu kepada siapa untuk diluahkan & meminta pandangan.
kerana dunia ini ada masa dikelilingi orang yang sering kali mengangap perkara ini remeh temeh & memperlekehkan seseorang yang memerlukan pertolongan kerana perkara ini boleh menjadi lebih teruk sekiranya kita tidak membantu mereka diluar sana.
No comments:
Post a Comment