Friday, July 19, 2024

- Suratan @ Kebetulan? -

Tap, tap, tap (berkali² meja diketuk) sambil merenung keluar jendela. Memerhati sibuknya kotaraya metropolis. Yang tak pernah putus aliran trafiknya, melainkan cuti perayaan. Tap, tap, tap sekali lagi meja diketuk² dengan sebatang pensil nip shaker. Direnung kepada kertas yang kosong tanpa sebarang contengan. Dikerah setiap bahagian otak bagi mencurahkan ilham untuk dizahirkan. Namun tiada yang terzahir jua. Menghembus nafas tanda lelah mengerah otak mencari ilham. Tersandar di kerusi sambil merenung siling pejabat. Zaidi memejamkan matanya sambil mengenangkan kejadian minggu lalu.

 

"Salam..awak, saya ada berita gembira nak share dengan awk" mesej Zaidi kepada Zaharah.

 

"W'salam, ya sya..Wah berita apa tu? Kebetan sya pn ada berita gumbira nk share dgn awk juga..Jom kita jumpa nak?" balas Zaharah.

 

"Eh³ dia ni. Time kita ada berita gembira dia pun ada juga. Selalu betul ek? Ni suratan ke, kebetulan? Hehehe", Zaidi membalas semula mesej Zaharah.

 

"Ah.. awk ni ade² je.. Jom la kita jumpa.. Lama betul tak jumpa awk ni sejak menjak ni.. Yela mentang² dah dpat job best kan..Jom awk, kita mkn dkat warung biasa tu tau.. Time mcm biasa ea.. awk lambat, awk belanja makan tau...", balas Zaharah dengan girangnya.

 

"Iyalah awak. Cakap je la nak saya belanja makan kan. Tak payah cakap saya lambat kena belanja makan. Dah sememangnya lambat pun. Makan dekat dengan umah dia boleh la cepat sampai.", sindir Zaidi.

 

"Ahahaha... Gaji awk besau dri sya.. Dah² kerja sya bnyak ni... Kang sya kena stayback, sya salahkan awk.. k bye!"

 

"Hehe baiklah awak. Jumpa nanti. Hati2 memandu", pesan Zaidi kepada Zaharah.

 

BAMMM!!!! Meja Zaidi dihentak sekuat²nya. Tersentak Zaidi dari lamunannya seketika.

"Woi Z!!! Dah belayar kemana tu?", jerkah Iskandar yang menghentak meja kerana Zaidi yang jauh mengelamun.

 

"Ah kau ni is, pantang aku nak lelap kejap. Ada je kau kan. Cuba bagi salam sikit. Ni tak, main jerkah je. Buatnya aku ni ada sakit jantung mcm mna? Dah hilang sahabat kau yg ensem ala² BK ni.", ujar Zaidi.

 

"BK? Sapa plak tu? Cer bg detail sikit. Gemar betul guna short form kau ni.", kata Iskandar.

 

"Beto Kusyairy.", balas Zaidi.

 

"Bahahahahaha.", berdekah² gelak Iskandar bila dengar nama yang disebutkan.

 

"Kau gelakkan aku Is? Sampai hati kau. Kau tak tahu aku ni mmg ada iras² BK tau. Kau jeleskan. Sbb tu kau gelak. Kan..."

 

 "Ahahahaha.. Takde makna aku nak jeles aih. Kau tu angan² x sudah. Tp yela kan, bila aku perhatikan mmg kau ada iras² BK."

 

"Haa.. see, akhirnya kau akui juga ke enseman aku."

 

"Rileks bro. Awal lagi spekulasi kau ni. BK aku cakapkan tu bukan Beto. Ni lain. Dia bila tiada mmg org semua mencari. Tp bila dia ada semua org berebut² nak. Kalau xde dia mmg xberserilah hidup org tu.", kata Iskandar sambil mula beredar dari meja Zaidi.

 

"Is.. kau rasa bila last kau makan selipar jepun?", balas Zaidi dalam keadaan geram sambil merenung tajam pada Iskandar.

 

"Kikiki.. Eh bos panggil aku. Chiaow dulu.", ujar Iskandar sambil cuba menahan ketawa membahan Zaidi.

 

"Weh, ptg ni jgn lupa! Lama tak berpeluh ni.", laung Iskandar pada Zaidi.

 

Zaidi balas dengan anggukkan. "Siot betul budak Is ni. Sampai ke opis dibawaknya. Hanat tol.", gumam Zaidi dengan perangai Iskandar.

 

"Siapa BK yg Is cakapkan tu Z?", tanya Kak Normah.

 

"Eh, Kak Nor.. Bila Kak Nor sampai? Tak perasan pun.", balas Zaidi yang terkejut dengan kehadiran Kak Normah di meja sebelah.

 

"Akak dah lama sampai Z oi.. awak tu dari tadi akak tngok.. mengelamun jauh sangat.. tenung luar jendela mcm tngah perhati salah org je kat luar sana tu.. lepas tu, tngok kertas atas meja tu sampai nak terkeluar dh biji mata tu.. Puas akak tegur awk.. xde respon langsung... dtg budak Is tu dia tnya akak awk tu knapa? Akak ckap lah ntah.. itu yang si Is dtg hentak meja awk.. bukan awk je yg terperanjat, dgn akak sekali terperanjat.. senget betul budak Is tu ya.", ujar Kak Normah.

 

"Alamak ye ke... Ahaha.. sorry Kak Nor, mmg xprasan akak tegur saya tdi.. itulah pasal si Is tu.. Nasib akak dgn saya xde penyakit jantung.. kalau tak ke hospitallah kita ni kak... sabar jelah."

 

"Hahaha kan... Tu kalau masuk hospital.. buatnya 7 kaki dlm terus.. mmg akak jadi hantu akak rasuk budak Is tu.", kata Kak Normah.

 

"Akak jangan lupa.. si Is tu nampak je terejal.. tp ilmu penuh didada tu.. silap² belum sempat akak nk rasuk dia... Dia dh kurung akak dlm botol... Haa."

 

"Betul jugak kata kau tu Z.. susah betul nk kenekan dia ni balik tau... Geram je akak tau."

 

"Ahahahaa.. sabarlah Kak Nor.. kalau xde dia ni hilang penyeri opis kita ni.", kata Zaidi.

 

"Itulah Z.. masa dia demam seminggu itu hari suram opis ni xde dia.. eh cakap pasal si Is pulak.. Akak sbenarnya nk tanya pasal awk Z.. Awk ok ke? Mcm putus cinta je akak tngok.", balas Kak Normah.

 

"Ehh xdelah Kak Nor. Ok je ni. Termenung sebab tngah cari ilham nak buat lakaran landskap taman sekolah ni.. xde idea nk buat.. konsep dia xbagi plak tu.. jadi tngah fikir apa yg sesuai dekat situ.", ujar Zaidi.

 

"Ohh.. ingatkan ada masalah besar td.. sampai akak dgn is panggil xdngar langsung. K lah, akak nk setelkan kerja akak ni.. laporan ni semua nk kena submit dekat bos.. sbb mnggu depan bos xde seminggu.", kata Kak Normah sambil terus mengadap laporan kerja yang baru diterima dari Iskandar sebelum kejutkan Zaidi tadi.

 

"Baik kak. all the best!", kata Zaidi pada Kak Normah.

 

Kembali merenung semula sehelai kertas. Arrghhh!!! Ideaaa!!! Kemari kamu!!! (Getus hati Zaidi yg tngah kekeringan idea)

 

"BK tu siapa yg Is maksudkan Z.", tanya Kak Normah sambil memerhati laporan kerja satu persatu.

 

"Saya beritahu, akak jgn gelakkan pulak.", kata Zaidi.

 

"La... Kenapa akak nak gelakkan awk plak Z."

 

"Janji akak xgelakkan saya"

 

"Ya akak janji.", ujar Kak Nor sambil angkat tgn sebelah seperti bersumpah sambil mata tak lepas melihat laporan kerja diatas meja.

 

Zaidi merenung Kak Normah untuk kepastian. Kak Normah menoleh Zaidi sambil berkata "Ya Zaidi adik ku sayang.. Akak tak gelak kan kau.. cepatlah, akak curious ni"

 

"Bro Kicap kak", kata Zaidi

 

"Bahahahahahahaha", tersembur gelak ketawa Kak Nor bila dengar jawapan dari Zaidi.

 

"Akak!!!", jerit Zaidi.

 

Kak Normah tak berhenti ketawa sambil mengangkat tangan pada Zaidi. Terhibur dengan jawapan Zaidi. Zaidi geram dan berpeluk tubuh dengan ketawa Kak Normah. Dalam hati mengumam

 

'cilakak kau Is. Tak pasal² Kak Nor tau. Taulah aku kulit aku ni tinted sebab berjemur. Hanat tol.'

 

                                               

 

Ciit ciitt... Bunyi tapak kasut di atas gelanggang badminton. Zaidi berlari kedepan kebelakang mengejar hantaran bulu tangkis yang di pukul oleh Iskandar. Iskandar sengaja berbuat demikian bagi memenatkan Zaidi. Namun, Zaidi tidak termakan dengan corak permainan Iskandar. Malah bersiap sedia memasang perangkap untuk Iskandar hanya menunggu dia leka sahaja.

 

"Come on Z!! Tak kan itu je.", cabar Iskandar yang sedang mengawal permainan.

 

"Jgn bongkak Is. Nanti makan diri.", balas Zaidi yang sedang mencari ruang untuk mematikan hantaran Iskandar.

 

"Ahahaha.. aku tahu.. kau nk cari ruang nk smash kan.. jgn harap!", balas Iskandar.

 

Zaidi diam sambil mencari peluang. Iskandar membalas dengan menghantar bulu tangkis kebelakang. Zaidi nampak peluang! Dia mencuba nasib dengan membalas lembut. Bulu tangkis melepasi betul² hadapan net. Iskandar bergegas lari kedepan untuk sambut dan bulu tangkis berjaya melepasi semula ke arah sebelah.

 

"Alamak bola tanggung!", Iskandar telah mencipta peluang untuk Zaidi smash.

 

"Nah!! Rasaaiinn looo!!!", Zaidi tanpa membuang masa terus melakukan smashnya. Bulu tangkis dengan tak semena²nya menuju tepat ke dahi Iskandar. Headshot.

 

"Adoii!!", jerit Iskandar sambil jatuh terlentang dengan smash Zaidi sebentar tadi.

 

"Game!", laung Khalid.

 

Perlawanan tamat dengan markah keseluruhan set 1 : 15-21, set 2 : 21-18, set 3 : 25-23. Zaidi menang! 2-1.

 

"Next player!", laung Khalid selaku pengadil gelanggang.

 

Zaidi hulurkan tangan kepada Iskandar yang terlentang di gelanggang. Iskandar menyambut tangan tersebut dan bingkas bangun. Bagi memberi ruang kepada game seterusnya. Mereka berdua terus menuju ke kerusi tepi. Mereka mengelap peluh & menyimpan raket masing². Zaidi duduk sebentar menghirup air bagi menghilangkan rasa kering tekak.

 

"Siot la kau Z. Bengkak dahi aku ni.", ujar Iskandar sambil melihat dahinya melalui telefon pintarnya.

 

"Tu balasannya dekat opis tnghari tadi.", kata Zaidi.

 

"Ala Z. Mana ada org tahu pun BK tu apa."

 

"A'ah ya.. Kak Nor ada sebelah.. kau bukan tak tau dia tu kalau curious.. mmg sakit kepala melayan.. selagi dia tak tahu.. selagi tulah dia tanya.. rimas weh.."

 

"Ops... Aku lupa... Bahahahahahaha..", ketawa Iskandar sambil memeriksa dahinya yang kena smash dengan Zaidi.

 

"Kau memang.", balas Zaidi sambil memerhati perlawanan antara Shukri dan Sazali. Double S, itulah gelaran mereka bila bermain regu. Lincah dan pantas.


"Weh, macam mana result minggu lepas? Ada ong ka?", tanya Iskandar.


"Macam biasa Is. xde luck.", kata Zaidi.


"Xpelah Z, xde jodoh nak buat mcm mna. Lagi pun bunga bukan sekuntum. Bnyak lgi bunga yg belum dipetik org. Yg dh dipetik dan dibuang pun ada juga.", seloroh Iskandar


"Aku ok je Is. Cuma tu lah. Mcm kerap sngat jadi mcm ni. Ada kala tu mcm nk give up je. Mcm dah malas nk fikir dh psal soal hati ni."


"Rileks Z. Jgn mengalah. Allah takkan beri sesuatu diluar kemampuan hambaNya. Kene ingat tu. Yakin je dgn ketentuanNya. DOA. Jgn putus doa.", Iskandar memberi semngat kepada Zaidi.


"Baik Ustaz Is. Tq sbb bagi aku peringatan. Kaulah sahabat yg sentiasa memahami keadaan aku.", balas Zaidi.


"Disbbkan aku sahabat kau yg memahami. kau kene minta maaf dekat aku."


"Asal plak aku kene minta maaf dekat kau?", tanya Zaidi


"Ni.", Iskandar tunjukkan dahinya yang kena pukulan smash dari Zaidi.


"Oh, itu mmg patut. Balasan pergi kacau aku tengah dapatkan ilham dekat opis.. Bahahahha...", ketawa Zaidi bila melihat hasil pukulan smash tepat menuju kepala Iskandar.


"Game!", laung Khalid.


Permainan tamat dengan markah keseluruhan set 1 : 23-21, set 2 : 21-19. Shukri menang. Rekod perlawan antara Double S, Sazali menang 21 kali begitu juga dengan Shukri menang 21 kali. Seri. 


"Weh, masa dah nak habis. Jom cooling down. lepas tu kita kemas² siap untuk solat Maghrib dekat surau.", pesan Abu memperingatkan sahabat²nya.


"Baik..", respon semua terhadap pesan Abu. 


Itulah dia rutin mingguan sejak banggunan baru wujud disebelah tempat kerja Zaidi & Iskandar. Ada kemudahan dan tempat dewan untuk bersukan. Mesra pengguna. Seketika semua sedang mengambil wuduk untuk bersolat. Iskandar datang kepada Zaidi.


"Z, aku lepas solat ni nak kena shoot balik terus. Aku lupa ada janji dgn wife aku nk bawak dia jln² lepas Isyak nnti. Kang dia muncung seminggu pening aku."


"Bereh. xdehal la beb. Nanti kimsalam dekat Dila ek. Cakap ngn Dila kasi can la aku nk lepak ngan kawan aku sorg ni lama². Sejak dh kahwin ni susah dah nk lepak mcm dulu.", balas Zaidi


"Ahahaha... Noted. Akan disampaikan.. Jom Z, yang lain dh siap berwuduk. Mcam biasa ko Imam.", aju Iskandar.


"Hek Eh. aku pulak. kau la Is. ilmu agama kau padu dari aku.", kata Zaidi


"Tapi kitorang nak kau imam Z.", sampuk Shukri.


"A'ah, bacaan solat ko merdu. Tenang mendengarnya.", kata Sazali.


"Betul².", masuk Abu sambil menyokong kata² Sazali.


"Dah jom. Z imam, Is bilal. Masa mencemburui kita ni.", Khalid mencelah bagi mempersegerakan solat.


"Baiklah.", Zaidi akur dengan permintaan sahabatnya.


                                                

No comments:

Post a Comment